hukum pakai minyak wangi beralkohol ketika solat atau melakukan ibadah lain???

hari ney kongsi tentang minyak wangi dan alkohol.. sebelum jmpa artikel tentang halal dan haram guna minyak wangi beralkohol ney aku da pernah terfikir psl ney..sbb lect aku time stdy dlu pon pnh tny soalan yg sama..ramai yang jawab haram..knp?sbb ade alkoholkn??tp lect aku menyuarakan pendapat dia sendiri..

~dia cakap pada die xharam coz alkohol haram bila kita minum dan memabukkan(menyebabkan hilang kewarasan jangka masa pendek)..tapi isi kandungan alkohol dalam minyak wangi adalah sedikit dan tidak memabukkan kalau kite pakai pada pakaian atau badan/kulit kita..(kalau ade yang cakap mabuk bile pakai minyak wangi beralkohol meh aku tumbuk perut die laju2!)

so aku terjumpa tentang persoalan halal dan haram pakai minyak wangi beralkohol..aku  jmpa dari SINI
SOALAN:   Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak korang terfikir adakah sah ibadah kita sekiranya menggunakan barangan yang mempunyai alkohol dalam solat atau ibadah-ibadah lain??

JAWAPAN:
Soalan sama ada ibadah sah atau tidak sekiranya menggunakan bahan yang mengandungi alkohol seperti di atas berasal daripada kekeliruan mengenai alkohol itu sendiri. Ini kerana ada pendapat yang menyatakan ia sama dengan arak kerana dalam arak ada alkohol dan kadang-kadang arak juga dinamakan sebagai alkohol.

Apa yang jelas sekarang ialah arak diharamkan kerana unsur memabukkan. Mengenai bahan-bahan yang mempunyai alkohol seperti di atas, ia masih boleh digunakan dan sah untuk dibawa dalam ibadah kerana kuantitinya sedikit.
Ini kerana ia hanya memba-bitkan perkara kecil dan hukumnya dimaafkan. Bagaimanapun, bagi mereka yang masih ragu-ragu untuk menggunakan bahan berkenaan hendaklah dijauhi terutama ketika hendak menunaikan ibadah seperti solat.
Ini dapat menghilangkan rasa was-was dalam diri. Prinsipnya ialah perkara yang diragui hendaklah ditinggalkan sekiranya ia tidak menjejaskan kehidupan seharian.
Sumber: Harian Metro Online via Ustaz Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...